Saturday, May 19, 2012

You and Them


Saturday, November 26, 2011

Menambat Hati Suami

Saya kongsikan satu artikel di internet : 


Saya mengajarkan satu ilmu yang dititipkan oleh arwah guru saya dahulu sebagai panduan isteri untuk menambat hati sang suami iaitu:

1. Jaga mulut suami. Maksudnya ialah jagalah makan minum sang suami. Kenyang perut senang hati.

2. Jaga kemaluan suami. Maksudnya ialah berilah makan kemaluan suami secukupnya. Islam juga mengharamkan dan melaknat si isteri yang menolak permintaan suami untuk berjimak. Jikalau disemak hadis, ada hadis yang menyuruh isteri melayan suami walaupun sedang menunggang unta. Bab jaga mulut suami iaitu menyediakan makanan dan minuman suami adalah lebih mudah kerana kalau tidak pandai masak, boleh saja membeli makanan di restoran. Namun sekiranya makanan kemaluan suami tidak mencukupi, dimana nak cari ganti?? Ramai suami hari ini pergi kerja waktu pagi bagai kucing kelaparan. Bila ini berlaku, mulalah semua kerja asyik tidak betul. Pernah saya diberitahu oleh seorang hamba Allah, si isteri hanya melayan suaminya sekali dalam tempuh dua hingga tiga bulan walau pun pasangan ini baru berkahwin!!

Dalam bab menjaga kemaluan suami ini, ramai isteri melakukan kesilapan dengan tidak melayan kemaluan suaminya sewaktu haid dan sewaktu pantang beranak. Ada suami yang kuat nafsu yang mengingini dilayan kerap kemaluannya dan ada yang tidak begitu agresif. Apatah lagi kalau suami ini masih muda. Ada suami yang tidak mampu bertahan dan merasakan tempuh seminggu haid sebagai tempuh yang sangat lama. Kalau seminggu sudah tidak mampu bertahan, inikan pula berpantang lebih 40 hari sewaktu isteri beranak!!

Di dalam pertemuan ini, saya menasihatkan Asiah agar melayan juga suaminya pada kedua-dua waktu ini. Islam hanya mengharamkan berjimak sewaktu haid dan nifas tetapi Islam tidak melarang isteri melayan kemaluan suami. Saya menasihatkan Asiah membeli satu seluar dalam yang ketat yang macam seluar pendek untuk dipakainya bersama pad haid untuk kegunaan memuaskan nafsu suami. Saya menasihatkan Asiah untuk melakukan apa sahaja selain memasukkan ke vagina atau lubang dubur kerana ini ditegah dan haram. Lakukanlah apa sahaja asalkan air mani suami keluar, dan itu yang penting. Bila dah keluar mani tu, legalah sang suami.

Apa yang penting ialah puaskanlah nafsu suami kerana adalah bahaya seorang suami yang lapar kemaluannya. Suami dalam keadaan ini sangat sensitif dan kuat marah dan mungkin beliau akan marah tak tentu pasal. Kalau sang suami melancap untuk memuaskan nafsunya kerana tidak cukup makan, ini adalah haram dan bakal mengundang pelbagai masalah lain sebagai musibah dari Allah dan pastinya si isteri juga mendapat saham dosa. Yang haram ialah suami mengeluarkan air maninya sendiri tetapi adalah satu ibadah apabila isteri mengeluarkan air mani suaminya.

3. Jagalah minatnya. Kalau suami suka bertukang, janganlah suruh tukar minatnya ini. Lebih baik lagi kalau sang isteri juga turut belajar bertukang. Kalau suami suka menulis, fahamilah dan sokonglah. Kalau suami gemar baju warna biru, janganlah diberikan baju warna merah. Yang penting di sini ialah isteri jangan sekali-kali menentang minat sang suami ini. Tetapi apa yang penting di sini ialah berikanlah sokongan ke atas minat suami ini sekiranya minat ini tidak bercanggah dengan agama seperti merokok. 

Dengan menguasai ketiga-tiga ilmu ini, seorang suami bakal menjadi suami yang bertimbang rasa, pemurah, sabar dan perkara-perkara positif lain. 

Alhamdulillah Asiah dapat menerapkan 3 ilmu ini tetapi timbul pula satu masalah baru sewaktu saya menemuinya baru-baru ini. Suaminya menyuruh sang isteri bercuti pada hari jumaat semata-mata untuk melayan nafsunya.

Ilmu yang saya kongsikan di atas kelihatan sangat mudah namun persoalannya ialah adakah ianya mudah untuk dilakukan oleh sang isteri?? Kalau menurut saya jawapannya ialah SUSAH!. Mengapa susah? Jawapannya ialah walaupun ilmu ini kelihatan mudah, namun seandainya Allah tidak mengizinkannya, tetap ia tidak akan terlaksana!!! Ramai para isteri yang mengamalkan ilmu ini tidak menyertakannya dengan meningkatkan ilmu dan amalan agama. Sekiranya ilmu ini di amalkan serentak dengan peningkatan amalan agama sebagaimana dituntut Islam, insyaAllah ketiga-tiga ilmu ini menjadi mudah untuk diamalkan.

Bayangkan seorang isteri yang ingin mengamalkan  3 ilmu ini namun sang isteri ini kerap melakukan perkara berikut:
1. Tidak menghormati suami
2. Bersangka buruk terhadap suami
3. Membenci poligami
4. Memarahi dan mengherdik suami
5. Menyangka sama taraf dengan suami kerana masing-masing bekerja dan ada gaji
6. Melayani dan mengutamakan anak melebihi dari melayani suami

Allah tidak memberikan sesuatu rahmat secara percuma. Setiap rahmat Allah memerlukan pengorbanan dari pada isteri. Korbankanlah  segala sikap negatif semoga Allah memberikan rahmatNya dan seterusnya mudah mengamalkan 3 ilmu ini dan seterusnya dapat menawan hati sang suami. 

Wahai para isteri, ingatlah bahawa hanya dengan taat kepada suami, Allah SWT mengizinkan memasuki syurgaNya melalui mana-mana pintu!

Sekian untuk kali ini, wassalam wallahuaqlam

Friday, January 21, 2011

All Izz Well

Thursday, January 20, 2011

7 FAKTOR SIGNIFIKAN

7 FAKTOR SIGNIFIKAN  atau 7 SIGNIFICANT FACTOR

Saya tahu dan faham terdapat banyak matlamat murni di dalam program latihan yang dikendalikan di dalam dunia ini. Saya juga mempunyai matlamat yang sama dan saya mengambil kesempatan ini berkongsi dengan anda semua.

Program latihan saya perlu mencapai 7 matlamat yang signifikan (jelas) dan sekiranya peserta berjaya membuktikan mereka mencapai matlamat tersebut saya akan menganggap bahawa program latihan tersebut berjaya mencapai matlamat latihannya. Saya panggilkan set ini sebagai SEVEN (7) SIGNIFICANT FACTOR atau 7S-Factor.


EFFECTIVE / KEBERKESANAN
Mampu menggunakan
·         pengalaman,
·         ilmu pengetahuan dan
·         kemahiran yang telah diperolehi tidak kira dari sumber mana sekalipun
pada saat yang diperlukan di dalam hidupnya secara BERKESAN (effective) bagi menyelesaikan tugasan, mencapai matlamat, menyelesaikan masalah, memudahkan situasi dan seumpamanya.

VERSATILE / SERBA BOLEH
Kamus Inggeris – Melayu Dewan mendefinisikan perkataan ini sebagai serba boleh. Bahasa Inggeris pula memberi definisi lain kepada perkataan ini iaitu adaptable. Saya mendefinisikan perkataan ini sebagai seorang yang mempunyai kemampuan melakukan pelbagai perkara dan menyesuaikan dirinya di dalam pelbagai situasi.

Dalam ertikata yang lain
·         mampu menghadapi dan menyesuaikan diri di dalam pelbagai situasi dan cabaran hidup.
·         mampu menyesuaikan dan mampu menjalankan peranan sewajarnya mengikut tugasan-tugasan yang berikan.

RESOURCEFUL / PINTAR
·         Mampu menggunakan pelbagai sumber di dalam capaiannya untuk menjayakan matlamat yang ditetapkan.
·         Mampu berfikiran kreatif untuk menyelesaikan masalah dan mengatasi halangan dan cabaran.
·         Terlatih secara kendiri sebagai menyelasaikan masalah yang dihadapi.

AGILE / TANGKAS
Mempunyai ketangkasan dan kelincahan fizikal yang baik.
·         Mampu bergerak pantas dan mudah.
·         Melakukan tugasan dengan terarah.
·         Mampu mengekalkan kecergasan fizikal ditahap optima.
·         Mampu menumpukan tumpuan kepada objektif tugasan.
·         Mampu melakukan apa sahaja yang untuk mencapai matlamat yang ditetapkan.

MOTIVASION / MOTIVASI
·         Mampu memotivasikan diri sendiri di dalam pelbagai situasi khasnya situasi mencabar dan tertekan akibat dugaan, halangan dan cabaran kehidupan.
·         Mampu membina konsep bahawa setiap hari dia mampu melakukan sesuatu yang baik
·         Mempunyai pemikiran yang optimis.
·         Manis muka setiap masa.

INSPIRING / MEMBERI INSPIRASI
·         Menjadi RAW & ROLE model kepada orang lain.
·         Mampu menampilkan contoh yang baik untuk diikuti oleh yang lain.
·         Mempunyai kesan mendorong kepada orang lain untuk menjadi atau mengikuti jejak langkahnya.

RESILIENT / BINGKAS
Dalam konteks perkataan ini bermaksud
·         springy (mempunyai sifat kebingkasan getah),
·         recuperative power (mempunyai daya pulih semula),
·         quality of being irrepressible (semangat yang tidak mudah luntur)

dalam ertikata yang lain individu yang mempunyai ciri signifikan ini akan mempunyai
·         daya tahan fiizikal yang tinggi
·         daya tahan psikologi yang tinggi
·         mampu menangani tekanan kerja yang berat.
·         Mampu pulih dan bangun kembali dengan baik dari setiap kepayahan, krisis dan kegagalan dengan baik.

Wednesday, December 22, 2010

MENU DAN PENYEDIAAN MAKAN DALAM PROGRAM LATIHAN

MENU DAN PENYEDIAAN MAKAN

Penyediaan makanan untuk peserta adalah salah satu bahagian penting dalam program yang jarang sekali dimasukkan di dalam kurikulum latihan. Tahukan anda bahawa peserta program anda sedikit sebanyak dipengaruhi oleh apa yang mereka makan dan minum sepanjang program latihan mereka. Jika menu makan yang dirancangkan tidak disusun dengan betul ia boleh memberi kesan yang negatif kepada peserta terutamanya terhadap kesihatan tubuh badan, daya tumpuan dan tenaga mereka khasnya.

Saya galakkan anda berunding dengan penganjur,penaja dan juga penyedia makanan anda untuk menyediakan makanan peserta anda mengikut menu yang terbaik boleh dicadangkan mengikut peruntukan yang disediakan.
Saya bukan seorang pakar nutrisi dan pemakanan akan tetapi saya banyak mempelajari pelbagai perkara tentang makanan dan kesihatan dari orang-orang yang mengamalkan gaya pemakanan mudah dengan disiplin yang tinggi sehingga dapat memperolehi kualiti kesihatan yang mengagumkan. Berikut adalah beberapa cadangan jenis makanan dan info yang berguna untuk rujukan anda.

BUAH-BUAHAN
Buah-buahan penting untuk kesihatan. Untuk latihan saya cadangkan buah-buah seperti pisang, betik dan tembikai.

Berikut sedikit info umum terhadap buah-buah tersebut.

Pisang. Ini adalah buah-buahan pilihan pertama saya. Ada hadis yang mengatakan bahawa pisang adalah buah-buahan yang dijadikan sarapan pagi oleh Rasulullah s.a.w. Untuk itu saya kongsikan info yang panjang sedikit berkaitan buah ini di sini.

Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian. 

Tekanan: 
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira. 

PMS (Premenstrual syndrome)
Lupakan pil-pil hospital ,makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan moodanda. 

Anemia: 
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah , yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

Tekanan Darah Tinggi: 
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah. 

Kuasa Minda: 
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert). 

Penghadaman: 
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

Keletihan: 
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu . Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda. 

Panas Jantung: 
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik. 

Demam Pagi: 
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.

Gigitan Nyamuk: 
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini. 

Saraf: 
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda . 

Obesiti dan Tekanan Kerja: 
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek . Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil . Makanlah pisang. 

Ulser: 
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita. 

Kawalan Suhu: 
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool). 

SAD (Seasonal Affective Disorder): 
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari . Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita. 

Ketagihan Rokok & Tembakau: 
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh . 

Stress: 
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh . Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium. 

Strok: 
Mengikut kajian dalam buku ˜The New England Journal of Medicine˜, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%! 

Lain-lain Penyakit Kulit: 
Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah . 
Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati. Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, 'Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!'

Kesimpulannya, pisanglah adalah penyebab utama kenapa monyet-monyet di hutan selalu sihat dan bahagia setiap masa dan ketika! Satu lagi; ingin kilatkan kasut?? Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kepada kasut anda, kemudian kilatkan dengan kain kering. Pisang  Pisang yang paling sesuai dimakan untuk menjaga kesihatan ialah pisang yang masih ada warna hijau di hujungnya.

Betik ialah tumbuhan semulajadi tropika Amerika. Isi betik rasanya manis, dan aromanya seharum kasturi. Betik kaya dengan vitamin A, vitamin C dan juga kalium.
Selain itu terdapat kalsium, besi, tiamin, riboflavin dan niasin dalam betik. Jumlah kalorinya sangat rendah. Kesemua nutrien yang terdapat di dalam sebiji buah betik dapat membantu mengurangkan risiko kanser, penyakit jantung dan strok. Cara yang terbaik untuk menikmati buah betik yang menyegarkan ini adalah dengan cara memotongnya kepada dua, buangkan biji hitamnya dan potong memanjang.

Tembikai ialah buah tropika yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C, asid folik dan zink. Dikenali sebagai Citullus vulgaris dan mempunyai khasiat yang tinggi.
Jus buah ini amat mujarab untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit seperti demam, masalah perut kembung, sakit kepala dan penyakit paru-paru. Jus ini juga memberi tenaga dan kekuatan di kalangan orang-orang tua serta memulihkan sistem tubuh badan yang lemah bagi mereka yang baru sahaja sembuh daripada penyakit . Selain itu penyakit artritis, gout serta keracunan uremik yang berlaku akibat kehadiran asid urik yang berlebihan dapat diatasi dengan pengamalan minum jus buah ini

SAYUR-SAYURAN.
Sayur-sayuran dan buah-buahan memang telah lama diketahui dari segi khasiatnya kerana kandungan nutrition seperti vitamin, mineral, lemak, protein dan karbohidrat. Pengamal sayur-sayuran dan buah-buahan telah dikenali pasti hidup lebih sihat berbanding mereka yang makan jenis makanan yang lain.

Jika dahulu sayur-sayuran dan buah-buahan hanya menjadi santapan ruji penghuni-penghuni kuil, tetapi kini kebanyakan negara maju seperti Britain, Amerika Syarikat dan Jepun turut menjadikannya sebagai menu utama mereka. Ini kerana, mereka telah mengenal pasti bahawa dengan mengamalkan makan makanan seperti ini dapat meningkatkan kualiti hidup.

Para penyelidik juga telah menyedari sebahagian daripada sayur-sayuran dan buah-buahan ini mengandungi komponen yang boleh membantu menangani masalah kesihatan serta menyediakan hidup yang lebih sihat. Pengkajian secara mendalam oleh pakar-pakar sains telah membuktikan kandungan dalam sayur-sayuran dan buah-buahan ini telah berjaya mengatasi masalah seperti kanser, penyakit hati, kencing manis serta darah tinggi di mana keempat-empat penyakit ini merupakan penyakit yang telah dikenal pasti yang mencatatkan kematian yang paling tinggi.
Secara amnya, setiap sayur-sayuran dan buah-buahan ini mengandungi pelbagai kandungan yang boleh memuajarabkan pelbagai jenis penyakit . Malahan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan ini dapat mengurangkan pengambilan ubatan sintetik yang mempunyai kesan sampingan.

AIR MINERAL
Bekalkan air mineral kepada peserta sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Anda boleh bekalkan kepada mereka dalam botol-botol 0.5 liter yang mudah dibawa bersama mereka ke mana-mana sahaja sepanjang program latihan. Sediakan satu stesen pengambilan bekalan air bagi peserta di tempat yang sesuai di mana peserta perlu memulangkan botol yang kosong untuk mendapatkan botol baru berisi air mineral.
Elakkan peserta diberi minuman berais atau pun air sejuk ketika mengambil hidangan yang berat. Ini kerana minuman berais ataupun sejuk ini lebih senang memerangkap kandungan minyak yang berada di dalam badan lalu bertukar menjadi lemak dan kolestrol .

Sebagaimana yang anda ketahui , air penting untuk tubuh badan. Ramai orang tahu perkara tersebut. Namun begitu amalan meminum air secara mencukupi sangat kurang di amalkan. Program latihan seperti ini adalah satu platform yang baik untuk mengajar amalan minum air secara sihat.
Untuk mengurangkan kos, anda boleh menggunakan penapis air mineral untuk mendapatkan bekalan air, ianya jauh lebih murah.

KOMBINASI MAKANAN
Tahukah anda bahawa makanan juga mempunyai sistem kombinasinya yang tersendiri untuk mendapat nikmat kesihatan darinya? Berikut adalah beberapa kombinasi yang boleh anda ELAKKAN di dalam menghidang makanan khasnya di dalam program latihan anda. ELAKKAN kombinasi tersebut:

makan SUSU bersama DAGING
makan DAGING bersama IKAN
makan IKAN bersama SUSU
makan AYAM bersama SUSU
makan IKAN bersama TELUR
makan IKAN bersama DAUN SALAD
makan SUSU bersama CUKA
makan BUAH bersama SUSU
(Tips makan menurut Rasulullah s.a.w. jenis makanan dan larangannya)

Monday, December 13, 2010

My Dream Training Facility

KOMPLEKS LATIHAN (suatu wawasan)
Ini adalah merupakan wawasan saya. Ia tidak wujud di Malaysia dan saya hanya mendapat idea ini bila berbual-bual dengan seorang rakan konsultan yang saya kenali di A.S. pada tahun 2003.

BAYANGKAN sebuah kompleks latihan dengan sebesar (minima) Sunway Lagooni dijadikan sebuah kompleks latihan yang di dalamnya terdapat studio-studio latihan berbagai scenario dan diantaranya adalah seperti berikut:-
·         Senario Latihan Akuatik – pelbagai modul medan latihan berasaskan persekitaran yang berair. Ini mungkin termasuk kayak, jet-ski, modul-modul luncur air, kolam renang termasuk papan terjun, kawasan latihan water confident dan seumpamanya.
·         Senario Hutan Rimba – sebuah hutan rimba buatan yang direka khas dan terperinci untuk memberikan kesan hampir sama seperti rimba sebenar contohnya hutan tropika termasuk kesan bunyi persekitaran dan artscape yang berkaitan seperti sungai, air terjun dan pokok-pokok hutan. Di sini aktiviti seperti perkhemahan boleh dijalankan dengan keadaan jauh lebih selamat dari perkhemahan di dalam hutan sebenar.
·         Senario Hutan Konkrit – sebuah kawasan perbandaran (urban) lengkap dengan bangunan pejabat, kedai, jalanraya, kenderaan dan yang berkaitan dengannya.
·         Senario Medan Sukan dan Aktiviti Lasak – medan sukan paintball, obstacle track (mungkin juga boleh diwujudkan satu litar seperti yang digunakan di dalam rancangan WIPEOUT!), memanjat tembok, abseiling/repelling, terjun bungee , flying fox, titi gantung dan seumpamanya
·         Senario Black-out : medan latihan tanpa cahaya untuk tujuan aktiviti yang berkaitan dengannya.  Sesuai untuk latihan perkhemahan dan survival dalam keadaan tanpa cahaya.

Saya mempunyai keyakinan yang tinggi jika kompleks latihan seumpama ini wujud di negara ini pastinya ia mendapat sambutan yang begitu menggalakkan khasnya dari kumpulan pengendali program latihan professional, sekolah-sekolah dan institusi pengjian tinggi.

Friday, December 10, 2010

7 SIGNIFICANT FACTOR

 7 FAKTOR SIGNIFIKAN  atau 7 SIGNIFICANT FACTOR

Saya tahu dan faham terdapat banyak matlamat murni di dalam program latihan yang dikendalikan di dalam dunia ini. Saya juga mempunyai matlamat yang sama dan saya mengambil kesempatan ini berkongsi dengan anda semua.

Program latihan saya perlu mencapai 7 matlamat yang signifikan (jelas) dan sekiranya peserta berjaya membuktikan mereka mencapai matlamat tersebut saya akan menganggap bahawa program latihan tersebut berjaya mencapai matlamat latihannya. Saya panggilkan set ini sebagai SEVEN (7) SIGNIFICANT FACTOR atau 7S-Factor.


EFFECTIVE / KEBERKESANAN
Mampu menggunakan
·         pengalaman,
·         ilmu pengetahuan dan
·         kemahiran yang telah diperolehi tidak kira dari sumber mana sekalipun
pada saat yang diperlukan di dalam hidupnya secara BERKESAN (effective) bagi menyelesaikan tugasan, mencapai matlamat, menyelesaikan masalah, memudahkan situasi dan seumpamanya.

VERSATILE / SERBA BOLEH
Kamus Inggeris – Melayu Dewan mendefinisikan perkataan ini sebagai serba boleh. Bahasa Inggeris pula memberi definisi lain kepada perkataan ini iaitu adaptable. Saya mendefinisikan perkataan ini sebagai seorang yang mempunyai kemampuan melakukan pelbagai perkara dan menyesuaikan dirinya di dalam pelbagai situasi.

Dalam ertikata yang lain
·         mampu menghadapi dan menyesuaikan diri di dalam pelbagai situasi dan cabaran hidup.
·         mampu menyesuaikan dan mampu menjalankan peranan sewajarnya mengikut tugasan-tugasan yang berikan.

RESOURCEFUL / PINTAR
·         Mampu menggunakan pelbagai sumber di dalam capaiannya untuk menjayakan matlamat yang ditetapkan.
·         Mampu berfikiran kreatif untuk menyelesaikan masalah dan mengatasi halangan dan cabaran.
·         Terlatih secara kendiri sebagai menyelasaikan masalah yang dihadapi.

AGILE / TANGKAS
Mempunyai ketangkasan dan kelincahan fizikal yang baik.
·         Mampu bergerak pantas dan mudah.
·         Melakukan tugasan dengan terarah.
·         Mampu mengekalkan kecergasan fizikal ditahap optima.
·         Mampu menumpukan tumpuan kepada objektif tugasan.
·         Mampu melakukan apa sahaja yang untuk mencapai matlamat yang ditetapkan.

MOTIVASION / MOTIVASI
·         Mampu memotivasikan diri sendiri di dalam pelbagai situasi khasnya situasi mencabar dan tertekan akibat dugaan, halangan dan cabaran kehidupan.
·         Mampu membina konsep bahawa setiap hari dia mampu melakukan sesuatu yang baik
·         Mempunyai pemikiran yang optimis.
·         Manis muka setiap masa.

INSPIRING / MEMBERI INSPIRASI
·         Menjadi RAW & ROLE model kepada orang lain.
·         Mampu menampilkan contoh yang baik untuk diikuti oleh yang lain.
·         Mempunyai kesan mendorong kepada orang lain untuk menjadi atau mengikuti jejak langkahnya.

RESILIENT / BINGKAS
Dalam konteks perkataan ini bermaksud
·         springy (mempunyai sifat kebingkasan getah),
·         recuperative power (mempunyai daya pulih semula),
·         quality of being irrepressible (semangat yang tidak mudah luntur)

dalam ertikata yang lain individu yang mempunyai ciri signifikan ini akan mempunyai
·         daya tahan fiizikal yang tinggi
·         daya tahan psikologi yang tinggi
·         mampu menangani tekanan kerja yang berat.
·         Mampu pulih dan bangun kembali dengan baik dari setiap kepayahan, krisis dan kegagalan dengan baik.