Monday, May 11, 2009

Hakikat Seorang Usahawan

Hakikat Seorang Usahawan

Sekiranya hidup anda seorang usahawan,
Anda akan menjadi kaya raya,
unik dengan cara anda sendiri,
berperwatakan menarik,
merasa kepuasan dan kenikmatan dalam kehidupan.

Secara tidak sengaja ada yang akan tersinggung,
Ada juga yang akan kecewa dan dikecewakan.
Anda juga akan menyebabkan kemarahan
mereka yang tidak sehaluan dengan anda
malah bagi mereka yang merasa iri hati,
mungkin berusaha untuk menjatuhkan anda.

Ada orang yang akan menjadi rapat dengan anda,
Selebihnya tiada dapat diketahui kedudukannya.
Dan dalam bila-bila masa sikap mereka boleh berubah.

Anda perlu faham bahawa keperluan anda untuk menjadi orang yang disenangi,
dihargai, difahami, juga dihormati dan dilayan sewajarnya,
mempunyai akibat yang lebih hebat dari musuh anda yang nyata.

Sekiranya anda dipengaruhi dan dihantui oleh keperluan itu,
maka ia tidak akan mendatangkan kejayaan sebenar.

Bila anda boleh mengenepikan segala keperluan yang tersebut ,
maka hanya hanya ketika itu segalanya yang anda inginkan,
segalanya mungkin.

No comments: