Friday, July 3, 2009

Global-E Program

  1. GLOBAL-E PROGRAM

    PENGENALAN
    Satu usaha berwawasan dengan kerjsama Dewan Muda KLMCC untuk mewujudkan satu saluran Menampilkan Usahawan Melayu Ke Persada Dunia atau Projecting Malay Entrepreneurs To The Eyes Of The World melalui kaedah yang unik, realistik dan berkesan.

    UNIK – merujuk kepada gaya tersendiri tanpa terikat namun bukan mengenepikan langsung unsur-unsur kebudayaan global yang bermanfaat. Ia menegaskan bahawa pengaruh kebaratan perlu semakin disisihkan dan budaya ketimuran berasakan ketamadunan Islam perlu dihadirkan dan dan diteruskan kelangsungannya walaupun secara beransur-ansur.

    REALISTIK & BERKESAN – kaedah yang ditampilkan adalah kaedah yang praktikal dan terus boleh guna tanpa perlu ‘membuang masa’ bertahun-tahun untuk menuntutnya. Ini kerana ilmu yang dikongsi bersama di dalam program ini adalah berasaskan kejayaan dari pengalaman sebenar individu yang berkongsi pengalaman, ilmu dan kepakaran mereka.


    WAWASAN PROGRAM
    Menampilkan Usahawan Melayu Ke Persada Dunia
    (Projecting Malay Entrepreneur To The Eyes of the World)


    MATLAMAT PROGRAM
    1. Mewujudkan barisan usahawan negara bertaraf dunia melalui sistem bimbingan dan latihan yang terancang dan terarah.
    2. Membina jaringan kerjasama bernilai jutaan ringgit di antara ahli program khasnya dan business contact mereka.
    3. Mewujudkan platform berinteraksi dengan ramai usahawan pelbagai bidang, tahap pengalaman dan kepakaran.
    4. Mewujudkan barisan mentor usahawan.
    5. Usaha sokongan ke arah merealisali pembentukan Institusi Globalisasi Bumiputera, sebuah institusi pembangunan usahawan bumiputera yang menghimpunkan mentor-mentor usahawan yang mempunyai berpengalaman dan kepakaran di dalam bidang masing-masing bertujuan untuk memperkasa survivability usahawan bumiputera.
    6. Mewujudkan satu pasukan Mentor Usahawan Bumiputera feeder-trainer kepada Institusi Globalisasi Bumiputera (IGB).
    7. Membuktikan kepentingan menyertai dewan perniagaan/perdagangan untuk terus maju ke tahap lebih tinggi dan global.
    8. Menjadikan bidang keusahawanan sebagai satu cabang perjuangan untuk memperkasa bangsa Melayu.

No comments: