Wednesday, December 2, 2009

When You Feel Challenged ... :p

Sejak kebelakangan ini saya aktif dengan FACEBOOK atas desakan rakan. Selama ini saya ignore saja pasal Facebook ni. Bagi saya kalau FB ni just for fun, I may not relate to it. Bila saya daftar dan mengembara ke alam FB ni saya dapat jumpa ramai orang secara virtual dan dalam masa tidak sampai sebulan saya telah berpeluang befriended as many as 1500 person. Bukan sahaja dari Johor Bahru tempat tinggal saya, malah lebih ramai lagi kat negeri-negeri lain termasuk luar Malaysia.

Dalam hati berkata, I should started early on this :p
Nasib baiklah aku ni kira dah 40+ umur, jadi pada zaman remaja dulu benda2 ni tak de so taklah addicted sangat. Kalau budak2 sekarang ni ifc tak tau FB, kira memang ketinggalan zaman la tu :p

OK, kembali kepada apa yang saya nak share hari ni.
Hari saya buat satu posting kat wall FB saya yang berbunyi "

Sepanjang November 2009 yang lalu saya berpeluang berjumpa dengan beberapa rakan yang meluahkan bahawa mereka ingin menukar kerjaya mereka atas pelbagai sebab"


Ramailah yang memberikan respon. Salah satu dari orang yang bagi respon ini adalah seorang yang mengatakan "masuklah bisnes franchise...... sudah tentu tak gagal....

Ada tidak setuju dengan kenyataan itu dan mengatakan bahawa ada rakan mereka yang gagal berniaga walaupun melalui sistem francais.

Saya bila chat dengan saudara ni, dia dah lama berkecimpung di dalam bisnes francais ni dan dah membantu melahirkan ramai usahawan bumiputera. Saya tanya dia apakah jenis francais yang dia kendalikan. Dia menyatakan bahawa dia adalah trainer untuk sebuah syarikat francais tempatan berasakan makanan segera yang popular. THEN saya tanya dia satu soalan (sebab dia ni confident dengan kenyataan dia tu) adakah anda mempunyai/menjalankan perniagaan francais tersebut sendiri? TIDAK katanya.

Saya pun berkata, TIDAK SAMA SEORANG YANG MELATIH USAHAWAN TANPA PENGALAMAN MELALUINYA dengan ORANG YANG BERPENGALAMAN SEBAGAI SEORANG USAHAWAN MELATIH ORANG YANG NAK JADI USAHAWAN.

Dia kata dia dah buat kerja ni dah lama dan ada yang dia latih mendapat pendapatan RM100k sebulan. Saya tersenyum seorang diri. Berasakan apa yang saya tahu tentang produk francais ini, kalau ada pun mungkin segelintir sahaja (dalam ertikata yang lain, sangat2 sedikit bilangannya).

Saya nyatakan padanya itu mereka bukan ANDA - anda masih bekerja dengan orang, anda bukan usahawan, risiko niaga tu anda tak ambil, rasanya masih tak sama - banyak pada teori aje.

MARAHNYA dia bila saya cakap macam tu (saya boleh rasa dalam penulisan dia)
Dia mula tanya saya ada DEGREE APA?
GAJI SEBULAN berapa?
Siap kata dia ada beberapa kereta BMW lagi
Ada RUMAH 500k kat KL lagi...

Last sekali saya tersenyum sendiri dan berkata dalam hati, kita sesama usahawan yang dah ada pengalaman tak pernah pun tanya rakan2 usahawan kita soalan2 tu sebab kita tahu yang usahawan kalau dia berusaha dan belajar ilmu2 berkaitan dengan betul boleh kalahkan orang yang bersarjana dalam niaga ni.

Yang paling penting - dia bukan usahawan, dan bila tercabar....itulah persoalannya sama seperti semua orang yang makan gaji - ukuran harta peribadi bukan harta syarikatnya :p




No comments: