Monday, February 8, 2010

De Bella - National Leadership Potentialization Seminar 2010

Ini kali pertama saya bersetuju untuk menerima jemputan dari mana-mana MLM company bagi mengendalikan program atau seminar untuk syarikat mereka. Saya terima jemputan ini kerana beberapa sebab dan yang utama adalah kerana
1) Rakan saya minta saya tolong terima jemputan ini as a favour to him
2) Pengurus yang berjumpa saya mempunyai PR yang baik dan menarik saya untuk menerima jemputan melalui beliau sendiri.
3) Pengurus tersebut menggunakan perkataan "SAYA INGIN MINTA BANTUAN/TOLONG UNTUK MENJAYAKAN PROGRAM KAMI"
dan di atas sebab itu saya setuju menerima jemputan membantu mereka menjayakan program tersebut.

Sesi latihan saya melibatkan lebih kurang 50 orang peserta yang datang dari seluruh negara. Seorang daripada SABAH - Tabik kat dia kerana begitu bersemangat dan sanggup datang dari jauh ke KL untuk menyokong program ini.

Kepada semua peserta kursus ini saya telahpun berkongsi pelbagai pengalaman, kaedah dan ilmu yang termampu dan yang saya fikirkan penting untuk digunakan dengan sertamerta bagi memantapkan kedudukan mereka sebagai usahawan MLM khasnya. Walaupun saya bukan seorang ahli dalam MLM namun berdasarkan kaijian saya MODAL INSAN, ILMU PENGURUSAN dan SIKAP adalah di antara ilmu dan bidang yang penting untuk diberikan perhatian di dalam menjayakan sesebuah perniagaan berorganisasi seperti ini.

Untuk semua peserta ada beberapa pesanan yang saya ingin GARISKAN SEBAGAI PANDUAN dan PERLU DIBERI PERHATIAN SERIUS UNTUK BERJAYA lebih lagi dari keadaan mereka sekarang.

1) BINA WEBSITE - zaman sekarang laman web adalah satu media penyebaran maklumat yang sangat berkesan. Fakta ini tidak dapat dinafikan. Dengan adanya website maklmat yang kita ingin sampaikan jika kena caranya boleh melampau sempadan kumpulan sasaran yang kita sangkan. Cubalah jika tidak percaya :p tanyalah mereka yang telah mengalaminya sendiri.

2) PUBLIC SPEAKING - ramai peserta mempunyai minat dan pengetahuan di dalam produk mereka DAN jika ditambah dengan kemahiran public speaking yang berkesan saya pasti mereka boleh mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka dengan lebih meluas dan dengan cara yang lebih meyakinkan pelanggan mereka - itu yang penting tu, bila pelanggan YAKIN mereka akan cenderung untuk menyokong produk itu.

3) MINGLE - bila hadir apa-apa event yang menghimpunkan orang yang seperjuangan dengan kita ambil kesempatan bekenalan dengan mereka (seramai yang mungkin, kalau boleh semua) dan bincangkan bagaimana anda boleh saling bekerjasama untuk kepentingan bersama. Semasa mingle ini anda akan berpeluang bertukar-tukar kad bisnes anda yang secara langsung boleh membantu proses networking anda seterusnya.

4) INPUT ILMU - cari peluang hadiri seberapa banyak seminar dan kursus khasnya yang berkaitan dengan bidang yang diceburi. Kebaikan tentang seminar dan kursus ini adalah anda dapat ilmu dari mereka yang mempunyai pengalaman yang meluas tentang topik yang dikongsikan. Yang labih baik lagi kita boleh bertanya terus jika diberi peluang tentang sebarang topik berkaitan dengan apa yang dibentangkan - input ini jauh lebih berkesan dari membaca buku 400 muka surat bukan?

5) IMEJ DIRI - untuk menjadi seorang yang berjaya maka kita perlu menampilkan imej seorang yang berjaya. Ini bukan bermaksud BIAR PAPA ASAL BERGAYA. Berpakaian kemas dengan penampilan yang wajar adalah salah satu contoh penampilan imej orang yang berjaya. Disebabkan ramai yang tidak mempunyai business card atau name card jadi TEMPAHLAH BUSINESS CARD anda secepat mungkin. Ia akan memantapkan imej diri dan juga keyakinan pelanggan kepada perkhidmatan dan produk yang anda tawarkan.

6) BERPERSATUAN - sertai persatuan yang boleh membantu anda di dalam memantapkan perniagaan anda. Saya cadangkan anda menjadi ahli mana-mana dewan perniagaaan seperti Dewan Perniagaan Melayu Kuala Lumpur dan seumpamana. Organisasi seperti ini mempunyai aktiviti-aktiviti yang sangat penting di dalam membantu ahli-ahlinya berkembang dari segi peluang, networking, sokongan kewangan, khidmat nasihat kepakaran dan sebagainya yang berkaitan yang saya yakin tidak murah dan mudah mendapatkannya jika melalui saluran yang selain dari yang dimaksudkan.

7) KESIHATAN - sebagai seorang usahawan KESIHATAN adalah ASET PALING BERHARGA. Jika kita tidak sihat maka ianya akan menimbulkan implikasi terhadap bisnes yang kita terajui. Oleh yang demikian ambillah makanan kesihatan yang mampu membantu anda sentiasa sihat, cergas dan tangkas di dalam menjalankan aktiviti seharian yang pastinya semakin mencabar. Saya cadangkan agar menjadikan pengambilan MADU LEBAH dan produk berasaskannya (royal jelly, propolis, bee polen dsb.) sebagai makanan tambahan tersebut. Amalkan secara konsisten saya berani menjamin (melalui amalan saya sendiri selama lebih 10 tahun) ianya akan memberikan kesan kesihatan yang positif terhadap kesihatan anda :)

8) TENTU MATLAMAT - jadikan diri seorang yang tahu matlamat hidup anda secara specifik. Tuliskan dengan jelas matlamat anda mengikut panduan tentang VISION dan WWWHW module yang telah saya kongsikan bersama semasa slot yang disampaikan.

9) TIME MANAGEMENT - Demi MASA! Manusia itu dalam kerugian (Al-Quran). Adalah lebih baik kita mengurus masa dan rugi berbanding sebaliknya dan rugi juga. Oleh yang demikian jadikan diri anda sentiasa menepati semua urusan berkaitan dengan masa kerana dengan itu ia boleh melatih anda menjadi insan yang mempunyai gaya pengurusan yang efektif.

No comments: