Friday, December 10, 2010

7 SIGNIFICANT FACTOR

 7 FAKTOR SIGNIFIKAN  atau 7 SIGNIFICANT FACTOR

Saya tahu dan faham terdapat banyak matlamat murni di dalam program latihan yang dikendalikan di dalam dunia ini. Saya juga mempunyai matlamat yang sama dan saya mengambil kesempatan ini berkongsi dengan anda semua.

Program latihan saya perlu mencapai 7 matlamat yang signifikan (jelas) dan sekiranya peserta berjaya membuktikan mereka mencapai matlamat tersebut saya akan menganggap bahawa program latihan tersebut berjaya mencapai matlamat latihannya. Saya panggilkan set ini sebagai SEVEN (7) SIGNIFICANT FACTOR atau 7S-Factor.


EFFECTIVE / KEBERKESANAN
Mampu menggunakan
·         pengalaman,
·         ilmu pengetahuan dan
·         kemahiran yang telah diperolehi tidak kira dari sumber mana sekalipun
pada saat yang diperlukan di dalam hidupnya secara BERKESAN (effective) bagi menyelesaikan tugasan, mencapai matlamat, menyelesaikan masalah, memudahkan situasi dan seumpamanya.

VERSATILE / SERBA BOLEH
Kamus Inggeris – Melayu Dewan mendefinisikan perkataan ini sebagai serba boleh. Bahasa Inggeris pula memberi definisi lain kepada perkataan ini iaitu adaptable. Saya mendefinisikan perkataan ini sebagai seorang yang mempunyai kemampuan melakukan pelbagai perkara dan menyesuaikan dirinya di dalam pelbagai situasi.

Dalam ertikata yang lain
·         mampu menghadapi dan menyesuaikan diri di dalam pelbagai situasi dan cabaran hidup.
·         mampu menyesuaikan dan mampu menjalankan peranan sewajarnya mengikut tugasan-tugasan yang berikan.

RESOURCEFUL / PINTAR
·         Mampu menggunakan pelbagai sumber di dalam capaiannya untuk menjayakan matlamat yang ditetapkan.
·         Mampu berfikiran kreatif untuk menyelesaikan masalah dan mengatasi halangan dan cabaran.
·         Terlatih secara kendiri sebagai menyelasaikan masalah yang dihadapi.

AGILE / TANGKAS
Mempunyai ketangkasan dan kelincahan fizikal yang baik.
·         Mampu bergerak pantas dan mudah.
·         Melakukan tugasan dengan terarah.
·         Mampu mengekalkan kecergasan fizikal ditahap optima.
·         Mampu menumpukan tumpuan kepada objektif tugasan.
·         Mampu melakukan apa sahaja yang untuk mencapai matlamat yang ditetapkan.

MOTIVASION / MOTIVASI
·         Mampu memotivasikan diri sendiri di dalam pelbagai situasi khasnya situasi mencabar dan tertekan akibat dugaan, halangan dan cabaran kehidupan.
·         Mampu membina konsep bahawa setiap hari dia mampu melakukan sesuatu yang baik
·         Mempunyai pemikiran yang optimis.
·         Manis muka setiap masa.

INSPIRING / MEMBERI INSPIRASI
·         Menjadi RAW & ROLE model kepada orang lain.
·         Mampu menampilkan contoh yang baik untuk diikuti oleh yang lain.
·         Mempunyai kesan mendorong kepada orang lain untuk menjadi atau mengikuti jejak langkahnya.

RESILIENT / BINGKAS
Dalam konteks perkataan ini bermaksud
·         springy (mempunyai sifat kebingkasan getah),
·         recuperative power (mempunyai daya pulih semula),
·         quality of being irrepressible (semangat yang tidak mudah luntur)

dalam ertikata yang lain individu yang mempunyai ciri signifikan ini akan mempunyai
·         daya tahan fiizikal yang tinggi
·         daya tahan psikologi yang tinggi
·         mampu menangani tekanan kerja yang berat.
·         Mampu pulih dan bangun kembali dengan baik dari setiap kepayahan, krisis dan kegagalan dengan baik.

No comments: