Monday, December 13, 2010

My Dream Training Facility

KOMPLEKS LATIHAN (suatu wawasan)
Ini adalah merupakan wawasan saya. Ia tidak wujud di Malaysia dan saya hanya mendapat idea ini bila berbual-bual dengan seorang rakan konsultan yang saya kenali di A.S. pada tahun 2003.

BAYANGKAN sebuah kompleks latihan dengan sebesar (minima) Sunway Lagooni dijadikan sebuah kompleks latihan yang di dalamnya terdapat studio-studio latihan berbagai scenario dan diantaranya adalah seperti berikut:-
·         Senario Latihan Akuatik – pelbagai modul medan latihan berasaskan persekitaran yang berair. Ini mungkin termasuk kayak, jet-ski, modul-modul luncur air, kolam renang termasuk papan terjun, kawasan latihan water confident dan seumpamanya.
·         Senario Hutan Rimba – sebuah hutan rimba buatan yang direka khas dan terperinci untuk memberikan kesan hampir sama seperti rimba sebenar contohnya hutan tropika termasuk kesan bunyi persekitaran dan artscape yang berkaitan seperti sungai, air terjun dan pokok-pokok hutan. Di sini aktiviti seperti perkhemahan boleh dijalankan dengan keadaan jauh lebih selamat dari perkhemahan di dalam hutan sebenar.
·         Senario Hutan Konkrit – sebuah kawasan perbandaran (urban) lengkap dengan bangunan pejabat, kedai, jalanraya, kenderaan dan yang berkaitan dengannya.
·         Senario Medan Sukan dan Aktiviti Lasak – medan sukan paintball, obstacle track (mungkin juga boleh diwujudkan satu litar seperti yang digunakan di dalam rancangan WIPEOUT!), memanjat tembok, abseiling/repelling, terjun bungee , flying fox, titi gantung dan seumpamanya
·         Senario Black-out : medan latihan tanpa cahaya untuk tujuan aktiviti yang berkaitan dengannya.  Sesuai untuk latihan perkhemahan dan survival dalam keadaan tanpa cahaya.

Saya mempunyai keyakinan yang tinggi jika kompleks latihan seumpama ini wujud di negara ini pastinya ia mendapat sambutan yang begitu menggalakkan khasnya dari kumpulan pengendali program latihan professional, sekolah-sekolah dan institusi pengjian tinggi.

No comments: