Saturday, November 26, 2011

Menambat Hati Suami

Saya kongsikan satu artikel di internet : 


Saya mengajarkan satu ilmu yang dititipkan oleh arwah guru saya dahulu sebagai panduan isteri untuk menambat hati sang suami iaitu:

1. Jaga mulut suami. Maksudnya ialah jagalah makan minum sang suami. Kenyang perut senang hati.

2. Jaga kemaluan suami. Maksudnya ialah berilah makan kemaluan suami secukupnya. Islam juga mengharamkan dan melaknat si isteri yang menolak permintaan suami untuk berjimak. Jikalau disemak hadis, ada hadis yang menyuruh isteri melayan suami walaupun sedang menunggang unta. Bab jaga mulut suami iaitu menyediakan makanan dan minuman suami adalah lebih mudah kerana kalau tidak pandai masak, boleh saja membeli makanan di restoran. Namun sekiranya makanan kemaluan suami tidak mencukupi, dimana nak cari ganti?? Ramai suami hari ini pergi kerja waktu pagi bagai kucing kelaparan. Bila ini berlaku, mulalah semua kerja asyik tidak betul. Pernah saya diberitahu oleh seorang hamba Allah, si isteri hanya melayan suaminya sekali dalam tempuh dua hingga tiga bulan walau pun pasangan ini baru berkahwin!!

Dalam bab menjaga kemaluan suami ini, ramai isteri melakukan kesilapan dengan tidak melayan kemaluan suaminya sewaktu haid dan sewaktu pantang beranak. Ada suami yang kuat nafsu yang mengingini dilayan kerap kemaluannya dan ada yang tidak begitu agresif. Apatah lagi kalau suami ini masih muda. Ada suami yang tidak mampu bertahan dan merasakan tempuh seminggu haid sebagai tempuh yang sangat lama. Kalau seminggu sudah tidak mampu bertahan, inikan pula berpantang lebih 40 hari sewaktu isteri beranak!!

Di dalam pertemuan ini, saya menasihatkan Asiah agar melayan juga suaminya pada kedua-dua waktu ini. Islam hanya mengharamkan berjimak sewaktu haid dan nifas tetapi Islam tidak melarang isteri melayan kemaluan suami. Saya menasihatkan Asiah membeli satu seluar dalam yang ketat yang macam seluar pendek untuk dipakainya bersama pad haid untuk kegunaan memuaskan nafsu suami. Saya menasihatkan Asiah untuk melakukan apa sahaja selain memasukkan ke vagina atau lubang dubur kerana ini ditegah dan haram. Lakukanlah apa sahaja asalkan air mani suami keluar, dan itu yang penting. Bila dah keluar mani tu, legalah sang suami.

Apa yang penting ialah puaskanlah nafsu suami kerana adalah bahaya seorang suami yang lapar kemaluannya. Suami dalam keadaan ini sangat sensitif dan kuat marah dan mungkin beliau akan marah tak tentu pasal. Kalau sang suami melancap untuk memuaskan nafsunya kerana tidak cukup makan, ini adalah haram dan bakal mengundang pelbagai masalah lain sebagai musibah dari Allah dan pastinya si isteri juga mendapat saham dosa. Yang haram ialah suami mengeluarkan air maninya sendiri tetapi adalah satu ibadah apabila isteri mengeluarkan air mani suaminya.

3. Jagalah minatnya. Kalau suami suka bertukang, janganlah suruh tukar minatnya ini. Lebih baik lagi kalau sang isteri juga turut belajar bertukang. Kalau suami suka menulis, fahamilah dan sokonglah. Kalau suami gemar baju warna biru, janganlah diberikan baju warna merah. Yang penting di sini ialah isteri jangan sekali-kali menentang minat sang suami ini. Tetapi apa yang penting di sini ialah berikanlah sokongan ke atas minat suami ini sekiranya minat ini tidak bercanggah dengan agama seperti merokok. 

Dengan menguasai ketiga-tiga ilmu ini, seorang suami bakal menjadi suami yang bertimbang rasa, pemurah, sabar dan perkara-perkara positif lain. 

Alhamdulillah Asiah dapat menerapkan 3 ilmu ini tetapi timbul pula satu masalah baru sewaktu saya menemuinya baru-baru ini. Suaminya menyuruh sang isteri bercuti pada hari jumaat semata-mata untuk melayan nafsunya.

Ilmu yang saya kongsikan di atas kelihatan sangat mudah namun persoalannya ialah adakah ianya mudah untuk dilakukan oleh sang isteri?? Kalau menurut saya jawapannya ialah SUSAH!. Mengapa susah? Jawapannya ialah walaupun ilmu ini kelihatan mudah, namun seandainya Allah tidak mengizinkannya, tetap ia tidak akan terlaksana!!! Ramai para isteri yang mengamalkan ilmu ini tidak menyertakannya dengan meningkatkan ilmu dan amalan agama. Sekiranya ilmu ini di amalkan serentak dengan peningkatan amalan agama sebagaimana dituntut Islam, insyaAllah ketiga-tiga ilmu ini menjadi mudah untuk diamalkan.

Bayangkan seorang isteri yang ingin mengamalkan  3 ilmu ini namun sang isteri ini kerap melakukan perkara berikut:
1. Tidak menghormati suami
2. Bersangka buruk terhadap suami
3. Membenci poligami
4. Memarahi dan mengherdik suami
5. Menyangka sama taraf dengan suami kerana masing-masing bekerja dan ada gaji
6. Melayani dan mengutamakan anak melebihi dari melayani suami

Allah tidak memberikan sesuatu rahmat secara percuma. Setiap rahmat Allah memerlukan pengorbanan dari pada isteri. Korbankanlah  segala sikap negatif semoga Allah memberikan rahmatNya dan seterusnya mudah mengamalkan 3 ilmu ini dan seterusnya dapat menawan hati sang suami. 

Wahai para isteri, ingatlah bahawa hanya dengan taat kepada suami, Allah SWT mengizinkan memasuki syurgaNya melalui mana-mana pintu!

Sekian untuk kali ini, wassalam wallahuaqlam

No comments: